Rabu, 14 Oktober 2009

PANTUN SELOKA


Encik Gafor Menjual Kapor,
Buah Salak Di Atas Para;
Apa Kabo Orang Di Dapor,
Dah Masak Hidanglah Segera.



Selasa, 13 Oktober 2009

PANTUN MELAYU

Rumah Melayu Rabung Pelbagai,
Berdiri Gah Dimedan Puri;
Hatiku Sayu Lihat Perangai,
Lupakan Bangsa Ta’Sedar Diri.

Rumah Kayu Tiang Berpahat,
Bumbung Bentuk ‘Lipat Kajang’.
Ummah Melayu Harus Sepakat,
Penghubung Warisan Masa Mendatang.

‘Rumah Selasih’ Tradisi Kelantan,
Juga dikenali ‘Awang Selesa’;
Ramah Berkasih Rakan Dan Taulan,
Bina Peribadi Keterampilan Bangsa.

Rabung Panjang Atap Pelana,
Bumbungnya Lentik ‘Tebar Layar’,
Budaya Dijulang Bahasa Diutama,
Betapa Moleknya Bangsa Bergelar.

Pondok Kayu ‘Pisang Sesikat’
Penghias Taman Di Kotaraya,
Jika bangsaku Tidak Sepakat,
Akan Hilang Ditelan Masa.
















Rumah Gadang Lantai Bertingkat,
Tiang Seri Berdiri Satu.
Sekali Pandang Hati Terpikat.
Restu Illahi Siapakan Tahu.


adly azamin
13 OKTOBER 2009

Pengikut

Salam Sejahtera

Koleksi ini dimuatkan secara randum. Anda di alukan menghayatinya, dengan harapan lakaran karya pelbagai genre ini berupa garapan cebisan pengalaman, citarasa dan perjuangan hidup saya.

Selamat Membaca.

hormat dari:

'ADLY AZAMIN

Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.