Jumaat, 19 Februari 2010

Pantun

Jalur Putih Merah,
Biru Kuning Raja,
Semua Harus Megah,
Warna Bendera Kita.

Ahad, 1 November 2009



APALAH TANDA BINTANG KEJORA,
TERANG CAHAYANYA HINGGA KEPAGI,
APALAH TANDA KAUM BERBANGSA,
UMAH BERHEMAH TINGGI PEKERTI.

'adly azamin

(Scientific Name: adenium obesum
Common Name: Desert Rose or Impala Lily)


Rabu, 14 Oktober 2009

PANTUN SELOKA


Encik Gafor Menjual Kapor,
Buah Salak Di Atas Para;
Apa Kabo Orang Di Dapor,
Dah Masak Hidanglah Segera.



Selasa, 13 Oktober 2009

PANTUN MELAYU

Rumah Melayu Rabung Pelbagai,
Berdiri Gah Dimedan Puri;
Hatiku Sayu Lihat Perangai,
Lupakan Bangsa Ta’Sedar Diri.

Rumah Kayu Tiang Berpahat,
Bumbung Bentuk ‘Lipat Kajang’.
Ummah Melayu Harus Sepakat,
Penghubung Warisan Masa Mendatang.

‘Rumah Selasih’ Tradisi Kelantan,
Juga dikenali ‘Awang Selesa’;
Ramah Berkasih Rakan Dan Taulan,
Bina Peribadi Keterampilan Bangsa.

Rabung Panjang Atap Pelana,
Bumbungnya Lentik ‘Tebar Layar’,
Budaya Dijulang Bahasa Diutama,
Betapa Moleknya Bangsa Bergelar.

Pondok Kayu ‘Pisang Sesikat’
Penghias Taman Di Kotaraya,
Jika bangsaku Tidak Sepakat,
Akan Hilang Ditelan Masa.
















Rumah Gadang Lantai Bertingkat,
Tiang Seri Berdiri Satu.
Sekali Pandang Hati Terpikat.
Restu Illahi Siapakan Tahu.


adly azamin
13 OKTOBER 2009

Ahad, 13 Januari 2008

JIKA ITU YANG KAU MAU

Jika itu yang kau mau,
Duduk di jendela tupang dagu,
Jika itu yang kau mau,
Renung kosong kelangit biru.

Maka dikau,
Adalah warisan yang masih;
leka mengejar mimpi.


AdiKarya
Kelana Jaya 1Okt.2005
JENDELA HATI
(buat teman seperjuangan)

Dari jendela hati in,
Mendayu suara pungguk.
melaung lagu rindu.

Kawan,
apa kabar disana.
Kelu mu adalah pertanda,
rasa rindu telah bertakhta dipuncaknya.

Atau, dikau telah baca segalanya,
Bahawa hidup ini sandiwara belaka.
dan kita pelaku tanpa nama.

Kawan,
Kelak tiba masanya,
purnama menjengok muka,

Munkin aku tiada lagi di jendela
bersama mu menunggu kelahirannya.


AdiKarya
Kelana Jaya 14 July 2005.
KEMANUSIAAN

Kemanusiaan itu,
bukan pada kelantangan suara,
bukan pada keperkasaan bala tentera,

Kemanusiaan itu,
adalah pada keluhuran diri peribadi,
pada kediwasaan akal bicara.

Allah Yang Maha Berkuasa,
punya segala kita..



ADIKARYA

Kelana Jaya Tuesday, September 27, 2005

Pengikut

Salam Sejahtera

Koleksi ini dimuatkan secara randum. Anda di alukan menghayatinya, dengan harapan lakaran karya pelbagai genre ini berupa garapan cebisan pengalaman, citarasa dan perjuangan hidup saya.

Selamat Membaca.

hormat dari:

'ADLY AZAMIN

Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.