Khamis, 9 Ogos 2007

SAJAK 2005

PENGAIL TUA

Pengail tua ditepi pengkalan
dalam selubung tirai malam
di labuhan dagang.

Pengail tua dihujung jalan
dukanya pada anak bangsa
tercicir di pertengahan laluan.

Pengail tua dihujung jendela
rela menunggu kediwasaan semua
entah bila masa tibanya.


Adly Azamin
Kelana Jaya
September 13, 2005

Painting: OIL ON KEMBES


tajuk: KELONG
siri AIR PASANG MATI
artis: Adly Azamin

Isnin, 6 Ogos 2007

SAJAK -2004



PENGGEMIS CACAT DI BABUL FATAH
I.
Di Babul Fatah itu
dia menunggu waktunya
bertakwa mengadap Penciptanya
bagaikan para suhada
di hari kebangkitan.

Al Qur’an kitab Mu dipangku riba
tiap ayat dan surah Nya
tidak jemu diungkap baca.
Dengan penuh shahdu bertakwa dia
relanya luhur

istirafarnya jujur
dan zikirnya
serancak buah tasbih dijarinya

ii.
Lambaian Ka’abah awal Jumaat
Masjidil Haram dalam banjiran ummah
Babul Fatah di jangkauwan waktu
menerjah insan menuju jalan Allah.
tiada siapa yang mengenali fakir itu.

Pada kepastianku

disitu dia pada saban waktu
Babul Fatah itulah daerah Fakir itu
Al’Qur’an dipangkuannya
tongkat di sisi sejadahnya,
tasbih di jarijemari nya.
Beramal dia disudut itu
reda takwanya kepada Allah yang satu.



iii
Kataku diperpisahan itu
'aku solat dan tawaf wida’
kan kembali kepangkuan keluarga
doakanlah keselamatanku.

Katanya dalam bahasa isyarat yang ku fahami
‘Pergilah ke Kaabah
Berdoalah kepada Nya
Allah Azajawalla adalah segalanya.'


iv
Pada keluhuran pertemuan itu
terpancar kemurnian dinubariku
ikatan kasih sesama ummah
hamba Allah.

Baitullah Kiblat Ibadah
Allahu Akbar Wallillah Ilham


Adikarya
Mekkah Mukaramah
12 Desember 2004

CERPEN - 2004

Bulan Madu
di
Fatehfur Sikri



Indra bersimpuh tertib dan sepi, dipenjuru Diwan-e-Am itu. Ekor matanya lirik pada pelakun watak Charlie Chaplin sedang beraksi mengalu-alukan tetamu yang baru tiba. Ramai mereka tiba dimuntahkan oleh sabuah bas pelancung.
Tetamu-tetamu asing itu berpusu-pusu masuk ka-ruang legar Diwan-e-Am itu. Lelaki dan perempuan. Indira meneliti lagi. Indira keciwa pula. Tidak terdapat kanak-kanak dalam rombongan yang baru tiba itu.
“Ahh. Mereka rombongan seminar. Bukan pelancung berkeluarga,” fikirnya sendirian.
Ananda sangat kelakar. Bow tie kontot dilehernya yang jenjang, topi tinggi di kepalanya, Coat dan pantelon hitam yang dipakai-nya, serta berstokin putih dan bersepatu hitam, sangat sesuai bagi keterampilan watak yang sedang diperagakan. Dengan muka-nya di-lumur tebal bedak putih dan tompok hitam misai Hitler - kontot dibibirnya, ta’asing lagi dialah Charlie Chaplin bandar itu.
Di bandar Agra itu, Ananda popular dengan perwatakan Charlie Chaplin yang berjaya dilakukannya. Cara dia berjalan, cara dia menggunakan tongkat dengan penggul dijongkit dan dengan mimik muka bersahaja geraklakun saling ta’tumpah Charlie Chaplin. Dengan diandam celak hitam pada kedua kelopak matanya, memberi kesegaran pada sepasang anak mata Ananda memikat simpati penonton; semuanya ala watak Charlie Chaplin.
Kanak-kanak suka pada Ananda. Juga pelancung dewasa. Ananda istimewa. Pandai tarik minat mereka. Menyebabkan mereka berebut untuk bergambar kenangan dengan Ananda. Dan tips diterima Ananda sangat lumayan
Indira cemburu Charlie Chaplin disukai dan senang menarik perhatian ramai pelancung. Hati kecilnya jengkel, satu Charlie Chaplin senang dipuja ramai. Bukan puluhan puppet, boneka yang disusun dan diperaga didepan pentas kecil disisinya itu.
Harga RS 50.00 bagi boneka watak–watak Maharaja Mughals: Babur, Humayan, Akhbar, Jahangi, Shah Jahan, Muntaj Mahal tidak semahal mana sebagai cenderamata lawatan mereka ka India, berbanding nilai tips yang dihulurkan kepada Ananda itu. Tips dari wang Dollar atau Euro atau Paund Sterling atau Yen adalah mahal nilainya berbanding matawang Rupees. Pun mereka lebih senang menghulurkan tips kepada Ananda dari membeli boneka cenderamata jualannya itu.
Munkinkah jika dicipta boneka watak Charlie Chaplin buatan India boleh tarik wang Dollar atau Paund atau Yen” fikir Indira pula. Tapi boneka Maharaja Mughals yang diperagakannya itu, satu-satunya cenderamata tulin dari Agra. Bukan boneka Charlie Chaplin.
“Jangan jadi gila. Ta’baik fakir bagitu.”
Indira tersentak. Matanya merenung kakejauhan. Lama dia termenong memikirkan.
“Dah itu redzeki Ananda. Aku ta’patut cemburu cemburu. Nanti redzeki aku pula”, Indira yakinkan dirinya.
Indira tenteram samula.
Terus Indira menyepi disitu. Bersimpoh dengan tertip. Menunggu. Dipenjuru Diwan-e-Am itu. Mengunyah baki sireh pinang di mulutnya. Merah bibirnya, sama merah gincu di bibir gadis pelancung yang sedang duduk di atas settee di hadapan-nya itu. Sinar chandeliar yang tergantung jarak 2 meter dijemala gadis Amerika itu, menimbulkan kegebuan pada raut muka dan kemerahan cahaya pipi-nya.
“ Miss……souvenir Indian dolls,”serunya dengan nada perlahan.
Tidak ada respond. Gadis Amerika itu, tetap terpikat pada Charlie pada Ananda. Indira terkedu, jengkel. Tiba-tiba pula, gadis itu bingkas bangun. Lantas mengeluarkan kamera, membedekkan-nya kearah Ananda dan mengetik kamera merakamkan perilaku Charlie Chaplin. Kemundian dengan cara bersungguh dia mendekati Charlie Chaplin, saterusnya minta bantu teman lelakinya untuk mengambil gambarnya pula. Lantas gadis pelancung Amerika itu ka tengah gelanggang untuk beraksi dengan Ananda. Satu pose istimewa, manja dan bersahaja. Lagak mereka bagaikan sepasang kekasih ketika dalam bulan madu. Gambar akan ditempat di album peribadi, sebagai kenangan lawatannya ka Agra.
Rasa jengkel bagi Indira, tapi satu kepuasan bagi Ananda pula.
Indra terus tanya dirinya, kenapa Salim, dan suaminya masih belum sampai lagi. Tabla tidak berusik. Boneka-boneka masih tersusun sepi dihadapan pentas kecil itu. Tersadai di situ, lesu, bagaikan tidak dipunya. Kaku kerana tidak ditarikan.
Sudah sampai masanya Puppet ditarikan menurut rentak tabla dan pertunjukkan dipentas kecil itu dimulai. Halaman Diwan-e-Am kini mula dipenohi pelancung. Dan apabila saja tabla dipalu, Ananda akan berundur. Paluan tabla sahaja yang dapat mengarahkan Ananda berundur. Perjanjian mereka bagitu, saperti di tetapkan oleh pengurus Hotel. Antara dua pertunjukkan yang berbedza latar budaya, perlu ada batas pemisah. Charlie Chaplin hak orang luar. Akhbar hak India. Charlie Chaplin, badut Amerika. Akhbar, Maharaja India. Keduanya, tidak boleh dicampur aduk. Lagipun Charlie Chaplin tidak wajar beraksi ikut rentak tabla. Pra syarat itu telah disetujui dan dipatohi.
“Awak minum lagi?” Indira membentak ketika Zulastry sampai.
“Kan saya dah taubat”, jawab Zulastry acoh ta’acoh sambil memperkuat tali taji pada tabla.
“Tapi awak lambat”.
“Tunggu Salim bersihkan badan”.
“Kenapa?” Indira acuh ta’acuh.
“Satu hari bermandi debu. Satu hari asyek dengan Kricket.”
“Kricket mainan orang Delhi. Puppet ini perlu di jual.” Rengos Indira.
“Tapi Salim, mesti bersih untuk kesini”.
“Saya ta’boleh buat apa-apa jika tabla tidak dipalu, Puppet tidak ditarikan. Kan itu tugas awak berdua?” Indira merengos terus. Jengkel sekali dia.
“Belum sampai waktu makan malam!” Zulastry suaminya menyakinkan.
“Sekarang mereka dah mula turun dari bilik. Persembahan kita patut dimula. Baru Puppet ini, laris di jual,” Indira bertegas pula.
Zulastry tidak menjawab. Duduk. Membetulkan sila. Lantas meletak tabla diatas riba. Dan jari jari kasar Zulastry pun, rakus memalu pada belulang tabla. Gamat rentak tabla memenohi Diwan-e-Am itu.
Saperti disetujui, Ananda secara hormat mengundur diri.
Tirai pentas kecil itu pun di buka. Kini perhatian ramai mula bertumpu kepentas kecil. Boneka-boneka mula di tarikan Salim. Beberapa tepukan mula kedengaran dari pelancung di Diwan-e-Am itu.



Babak 1: Pekan Sari Meena Bazzar
Khurram saorang Putera Raja sedang berada di Meena Bazzar. Baginda pun mendekati saorang gadis ayu penjual kalung dan sutera. Putera Raja terpikat pada kejelitaan dan kepetahan Arjumand Banu gadis ayu itu, langsung membeli sabutir batu permata dengan harga yang termahal darinya.Kejelitaan Arjumand Banu terus mengoda. Bibit cinta berputik dan saterusnya membunga pada rasa cinta baginda terhadap Arjumand Banu.
Tabla rancak di palu. Rentak menggoda, rasa cinta Putera Raja terhadap gadis ayu di Meena Bazzar itu.

Babak 2: Taman Indraloka
Puppet bertukar. Rentak taba juga bertukar.
Menjelma watak Maharaja Shah Jahan sebagai raja berpermaisuri. Dan gadis ayu Arjumand Banu kini bergelar permaisui Muntaz Mahal. Maka bermula kesah sejarah percintaan sejati suami isteri tersayang.
Rentak tabla bertalu. Mendayu. Irama romantis mengusik jiwa mengiringi para kasih bercenkerama di Taman Indiraloka.
Puppet-puppet menari silih berganti dalam pelbagai peranan dan daya persembahan hiburan dibuai tali temali menurut gerak jari-jemari Salim, bagaikan kupu-kupu pelbagai warna berterbangan dibatas bunga.
Kemundian, rentak tabla pelahan pula.
Qawallis mendayu memenohi suasana Diwan-e-Am.

Babak 3: Medan Perang
Genderang perang dipalu. Rancak dan ghaerah.
Muncul puppet laskar dan tentera bergajah. Angkatan Perang dikepalai Maharaja Shah Jahan, diekori angkatan Mumtaz Mahal menuju ke Burhanpuri untuk menundukkan kekuasaan Khan Jahan Lodhi. Pertempuran sengit berlaku, peperangan tidak berkesudahan, memakan masa yang lama untuk tamat.
Perang berakhir dengan kematian Muntaz waktu melahirkan saorang putri, dipangku suami di medan perang.
Beberapa ketika pula tabla rancak dipalu, berentak paksa, kasar, dan memenatkan.
Terbina sabuah makam disaluti marmar putih sebagai lambang janji dan setiakasih Sang Suami kepada Sang Isteri.
Rentak tabla diperlahan. Irama berkabung mendayu.
Menusuk. Hiba. Sangsara.
Maharaja Shah Jahan pasik pada kejayaan-nya itu.Kerana kasih yang amat sangat kepada permaisurinya baginda merancang, pembinaan sabuah lagi makam, khas untuknya di satu kawasan bersetentangan dengan dihubungi jambatan perak, disalut marmar. Harta kekayaan digunakan, tenaga rakyat dikerah, hingga terbina monumen yang dihajati. Gah dan perkasa tegak bersanding seiringan.
Kemundian berlaku rampasan kuasa oleh Aurangzeb Putra Mahkota.
Maharaja Shah Jahan dikurung dalam tahanan. Dari gergisi besi penjara dia menghabis masanya memuja keagungan monumen Taj Mahal yang dibinanya sebagai pertanda kasih sejatinya kepada permaisuri Mumtaz Mahal itu. Di penjara itu dia terus dirundung duka nestapa, hingga akhir hayatnya.
Irama lagu penutup sedih dan malankoli.

Tepukan gemuroh oleh para pelancung yang berada di Diwan-e-Am itu. Tepukan terus bergemuroh. Curtain call. Salim spontan menyusul keluar kehalaman Dewan. Tunduk berkali-kali memberi hormat. Tangan kiri secara bersahaja tersisip dibelakangnya. Tangan kanan terhulur kedepan, kearah penonton. Tips bertukar tangan. Dollar Amerika, Paun Sterling British, Euros, Yen dalam gengaman Salim.
“Souvenir India dolls”, Indira pula memperagakan Puppet jualan-nya. “RS 50.00”, dengan harapan pelancung akan membelinya.
Tapi banyak antara mereka sudah beredar. Tertarik pada kedai-kedai butik berhampiran mempamirkan hiasan dalam, lukisan dan ukiran marmar Bangunan Taj Mahal. Yang lain-lain berpusu ka Dewan-e-Khas untuk menikmati sajian jamuan malam.
Saperti di malam-malam lain, malam itu, Indira hanya berjaya menjual satu patung Maharaja Akhbar, untuk RS50.00. Itu saja.
“Lepas dinner mereka akan datang lagi. Munkin waktu itu Puppet ini akan laris dijual”, bisik hati Indira.
Tiba-tiba tabla dipalu pula. Indira tersentak dari lamunan-nya. Ada tetamu yang baru turun dari bilik. Salim pula segera mengambil tempat dibelakang pentas, untuk menarikan puppet. Bukan watak sejarah, tapi watak saorang badut dan ular tedung dari hikayat Ramayana. Satu sketsa pendek kontemporari rekaan Salim.
Tapi tetamu-tetamu itu, sudah kelewatan, berlalu terus ka Diwan-e-Khas. Tidak ada tepukan, tidak ada curtain call, tidak ada tips. Mereka hanya berhenti sajenak, dan kemdian berlalu pergi. Indira hampa.

~~~

Ketika Indira sebuk menyiapkan anak-anak patung baru Zulastry sudahpun merebahkan dirinya di atas ranjang. Matanya lirik pada raut tubuh Indira. Masih menafsukan. Secara bersahaja jari-jemari Zulastry mengelus misai bentuk tanduk lembu dibibirnya itu. Tebal dan kejang.
Hawa dingin diluar meresap masuk dicelah-celah dinding yang retak. Ketika itu Zulastry mula mengharap kepanasan tubuh Indira pula.

~~~


Malam itu bulan hampir penoh. 12 Rabiul Awal. Sejak maghrib tadi, orang ramai berpusu mendaki 52 anaktangga melintasi gerbang Bulland Dawarza untuk berkumpul didataran. Makam rekabentuk masjid - Durgah Sheikh Salim Chisti, kubah marmar dan bangunan-nya putih melepak dibawah sinar rangbulan. Qawallis didendang sepanjang malam diiringi paluan tabla, tiupan serunai, dan tarian. Ratib dan zikir bertukar ganti, memuji kemuliaan Junjungan dan kebesaran Allah.
Majlis 15 tahun lampau itu, bagaikan berlaku baru hanya semalam. Zulastry melirik senyum, menjeling manja kearah Indira, sendirian di sisi ranjang itu.
Lenggoknya perlahan, bibirnya terketab, jari jemarinya rakus memalu gendang. Sekali sekala kepalanya terlentok ke-kanan, dan kemundian ka-kiri; bagitu fasik pada bunyi tabla yang dipalunya itu.
Sepasang mata bola, jinak mengintai dari chelah-chelah jallis didinding makam, pada pemuda memukul tabla itu. Gadis itu, Indira namanya waris terdekat keturunan Sheikh Salim. Keluarga Indira, penjaga Durgah Sheikh Salim Chisti itu. Maka itu keluarga Indira, berhak menghuni bangunan makam, sepanjang musim perayaan. Malam Nisfu Saaban, atau 12 Rabiulawal - Mauludul Rasul saperti malam itu, atau Malam Awal Muharram, Nuzul Al’Quran, dan sepanjang Ramadhan. Kampunga Sikri, dan Durgah Sheikh Salim Chisti zaman berzaman, dijagai oleh waris terdekat mua’alim itu - keluarga Indira.
Keselesaan cara pemuda memalu tabla di perayaan itu, kesederhanaan-nya, kesehajaan-nya, serta bunyi gemersik paluan tabla tengkah berirama itu, menjadikan Indira terpaku disisi jendela itu. Kagum pada keterampilan pemuda itu. Jallis berbentuk anyaman ukiran marmar bagaikan tabir pemisah antara dia dengan pemuda pemukul tabla dari kumpulan pemusik itu. Malam itu, Indira bagaikan kupu-kupu dijendela. Terangkut pada jaringan jallis. Terpaku disitu. Patah sayap.Ta’berdaya untuk terbang lagi. Sukar pula untuknya melepaskan diri dari jaringan jallis penghias muka jendela. Indira benar-benar terperangkap di situ.
Pastinya, sesuatu diluar pengetahuan Indira yang tidak kena malam itu. Kenapa sejak Solat Isha’ ibunya membenarkan dia berada di situ. Kenapa keluarganya tidak mengarahkan dia membuat sesuatu. Paling kurang melayan penzairah makam Sheikh Salim Chisti. Dan entah kenapa pula Indira membenarkan dirinya terjelepok disisi jendela dan terperangkap disitu. Semacam sesuatu sudah diaturkan. Indira pasrah. Merenung keluar, dipukau pemain tabla, jejaka tampan dari kumpulan pemusik itu.
Dimandi cahaya rangbulan, Zulastry bagaikan satu penjelmaan dewa suci dari kayangan. Lagak dan bergaya, dia khusuk pada rentak irama yang sedang di dendangkan.
Dan Ijabkabul dihadapan mehrab masjid tidak lama kemundian, suatu perjodohan yang paling mulia bagi kedua insan ini. Bagi Indira jodohnya dengan pemuda dari Bandar Agra itu, hanya satu dalam beribu. Ijabkabul dan bulan madu di Fatehfur Sikri bagi Zulastry pula, diluar dari dugaanya. Dah ditentukan takdir bagitu. Mereka bersama memanjatkan kesyukuran.
Ketika solat sunat didepan mehrab selepas ijabkabul Zulastry berdoa untuk kebahgiaan mereka berdua.

~~~

“Kita pindah saja”. Tiba-tiba Indira memecah kesunyian.
Zulastry tersentak. Bingkas duduk diranjang itu. Suara isterinya, yang tiba-tiba itu bagaikan halilintar mengejutkan dia dari kelenaan mimpinya.
“Pindah? Pindah kata awak? “
“Ka Sikri, kampung saya,” ulang Indira.
Zulastry terpinga lagi. Bermimpikah dia? Atau di luar sedarnya Indira sudah terlena di hujung ranjang itu, dan sedang mengigau.
“Charlie lagi menarik dari patung-patung ini. Mereka suka Charlie. Mereka tidak minat pada Akbar, atau Shah Jahan…atau Mumtaz Mahal. Mereka suka Charlie.”
“Charlie?” Zulastry ingintau.
“Ananda dapat banyak Dolar, Paun, Yen….” Sambung Indira.
“Tapi Salim juga dapat,” Zulastry mula faham. Dia tidak bermimpi dan Indira juga tidak tertidur.
“Tapi saya. Penat buat patung-patung ini. Tadi hanya satu yang laku. Sepanjang minggu jualan berkurangan. Kita hidup pada pendapatan Salim!!” Nada Indira sayu, keciwa.
“Samalah tuu…” Zulastry menyakinkan Indira.
“ Dah lama tidak menzarahi makam aruah.” Jelas Indira pula.
“ Untuk untuk apa? Untuk bernazar? Kan itu kurafat!” Zulastry membentak.
“ Untuk berdoa.”
“ Di manapun kita boleh berdoa. Ta’perlu ka Fatihfur Sikri. Fatihful Sikri, tempat bernazar. Itu yang aku tau”. Suara Zulastry kasar dan mendatar.
Indira sendu. Suasana hening saketika. Masing-masing melayan fikiran sendiri.
“ Awak samakan saya saperti mereka,” bentak Indira tiba-tiba.
“Kemakam, untuk ikat thali pada jaringan jallis. minta dipertemukan jodoh, minta kekayaan…minta itu…minta ini…. Bukankah itu bernazar nama-nya!!” Zulastry membentak terus.
“Ramai yang datang untuk bersembahyang, berdoa, pohonkan kedamaian, kemakmuran dan kesuburan sawah ladang. Bersyukur kerana limpahan redzeki Allah. Mereka bertakwa. Sembahyang kesyukuran dan ratib shahdu”, Indira cuba menyakinkan.
Suasana dibilik sempit itu sepi beberapa ketika. Zulastry terpaku di atas ranjang. Cuba memahami maksud isterinya.
Zulastry bersuara samula.
“Awak kata tadi, kita pindah?”
“Ka Sikri, kampung saya,” jelas Indira bersungguh-sungguh.
“Kita kan dah selesa di Agra.”
“Durgah Sheikh Salim,” jelas Indira rengkas.
“Kenapa dengan Durgah Sheikh Salim?” Zulastry ingin tau.
“Kepentingan keluarga. Takut di ambil alih oleh pihak asing. Fatihfur Sikri dah ramai pengunjung.” Indira tenang. Langsung dia meletakkan bekasan manik dan kain tekat di sisinya. Kemundian dia menguraikan rambutnya yang ikal mayang dan labuh hingga keparas punggung. Kemundian dia membetulkan kedudukan baju labuh garara sulaman benang kapas yang dipakainya itu. Indra pun baring di sisi ranjang tempat Zulastry segera pula duduk. Indra baring sambil mengereng kearah Zulastry. Raut tubuh Indra yang masih ramping itu tetap terus mengiurkan suaminya itu.
“Ahh orang tempatan saja yang datang. Dari luar tidak ramai”, jelas Zulastry.
“Tapi di Sikri puppet saya diminati orang tempatan. Boleh di jual banyak.”
“Itu saja?” tanya Zulastry dengan nada bergurau pula. Raut tubuh disaluti garara, dan rambut Indira yang ikal mayang dan terurai dialas bantal, disisi ranjang-nya itu, menyebabkan Zulastry segera ingin berdamai.
“Atau ada sebab lain.”
“Salim mesti di biasakan dengan majlis Qawallis”. Nuzul Qur’an, Terawikh, Mauludul-Radul di Durgah Sheikh Salim Chisti,” jelas Indira pula.

~~~
Dalam kesamaran bilik kecil itu, Zulastry membayangkan kegebuan tubuh Indira dikamar pengantin, bersalut sutera halus jarang. Membelai raut tubuh gadis sunti Indira di malam pengantin di Fatihfur Sikri itu, satu nikmat bulan madu yang sukar di kecapi samula. Elusan dingin di malam yang shahdu, senyum lesu Indira dalam pelukan-nya, bagaikan satu mimpi indah yang tidak akan menjelma samula.
Bagi Indira pula walaupun ia cuma satu kewajipan dimalam pengantin, kenikmatan-nya tetap ditunggu. Hanya bulan madu di Fatihfur Sikri sahaja dia akan menemui nikmat itu samula.
Patuh pada kahendak suami, kini 13 tahun mereka menetap di Agra. Saling berpindah randah. Zulastry saling bertukar kerja. Pelbagai jenis kerja yang dicuba semua tidak dapat bertahan lama. Bekerja sebagai buruh kasar, Porter Railway, kemundian menganggur pula, berkerja samula sebagai tukang gunting, menganggur lagi, berkerja dan menganggur. Di Agra hidup mereka terumbang ambing bagaikan perahu kotak dilambung gelombang lautan ta’bertepi. Mujur Indira mempunyai kemahiran menekat, boleh menjahit boneka untuk jualan.
Di Agra Salim dibesarkan dalam kehidupan demikian, sahingga satu hari Zulastry memukul tabla, membantu Indira berniaga puppet di jalanan. Dan Salim anak kecil mereka, pula telah sedia mahir menari mengikuti pukulan tabla nya itu.
Dari pertunjukan jalanan itu, mereka kemundian ditawarkan tempat di halaman Diwan-e-Am hotel antarabangsa. Redzeki bertambah. Salim kini bukan lagi kanak-kanak kecil menari di gelanggang jalanan, tetapi sudah mahir menarikan puppet di pentas kecil di Diwan-e-Am hotel antarabangsa.
Zulastry menyakinkan Indira. Berpindah akan merosakkan masa depan Salim. Salim di besakan di Bandar Agra, bukan di kampung Sikri. Salim anak Bandar, bukan anak kampung.
“Di Agra. Di mana? Kawasan stinggan. Kampung tanah? Bergelumang dengan debu, sama dengan anak-anak pelarian yang tidak ada kasta?” Dengos Indira tiba-tiba.
“Paling kurang di Sikri keluarga kami di hormati,” tegas Indira bersungguh-sungguh pula. Indira segera memusingkan dirinya membelakang Zulastry. Indira memejamkan mata. Sajurus kemundian, Indira sudah lena di buai mimpi.
Zulastry masih terpaku duduk diatas ranjang itu. Kejutan yang di buat isterinya itu, menyebabkan dia tidak boleh melelapkan mata-nya lagi. Dia perlu keluar sabentar untuk bersama Ananda. Botol-botol arak dibilik penginapan John Krishnan, Manager Hotel, banyak yang belum di usik. John Krishnan tetap mengalukan-nya, untuk menikmati minuman keras itu bersama-nya. John Krishnan manager hotel, telah memberi-nya kontrek untuk persembahan puppet disamping mengalakkan Ananda berlagak Charlie Chaplin.
Apa yang Indira tidak tau; dia, Ananda dan John Krishnan mempunyai ikatan persefahaman dirangkaian hotel antarabangsa itu. Bahawa semua kutipan tips, Dollar, Yen, Paun, Euro diuruskan John Krishnan kepada Rupees. Selagi persefahaman itu ada selagi itu kontrek mereka berkuatkuasa. Dan botol-botol arak jenama dibilik penginapan John Krishnan adalah juga sebahgian dari persefahaman itu.
Diluar pengetahuan Indira, suaminya Zulastry sudah terikat dengan jaringan kota, bagaikan dia terikat di jallis bangunan Durgah Sheikh Salim Chisti, di Fatihfur Sikri 13 tahun dahulu.
Perlahan-lahan Zulastry turun dari ranjang-nya, mencapai capal dan segera keluar dari bilik sempit itu, ka kedinginan malam musim gugur untuk menemui Ananda dan John Krishnan di hotelnya.
Tentunya Ananda dan John Krishnan sedia menunggu kedatangan-nya untuk minum-minum, sambil main poker atau black jacks hingga lewat dinihari.
Sabelum itu, dia mesti menemui Salim dahulu. Berpakat dengan anak-nya menghalang rancangan isterinya untuk berpindah ka Fatihfur Sikri itu. Dia dan Salim mesti sepakat untuk terus menetap di Agra. Dia mesti yakinkan anaknya Fatihfur Sikri tidak menjanjikan kemewahan yang sedang mereka nikmati di Agra itu. Fatihfur Sikri sabuah Bandar manumen sejarah silam. Tidak ada apa disana selain dari bangunan lama yang telah ditinggalkan. Bagi Zulastry, Salim juga perlu diberi hak membuat pilihan sendiri. Salim pula perlu yakinkan ibunya Indira, perancangan masa depan-nya.
Salim juga perlu diterangkan akan persetujuan-nya dengan John Krishnan, berhubung persembahan puppet mereka di hotel antarabangsa itu. Zulastry pasti, Salim menyebelahinya. Bahawa berpindah untuk menetap di Fatihfur Sikri, bukan keputusan yang baik.
Dimana Salim berada waktu itu. Zulastry kurang pasti. Masihkah dia di hotel bersama Ananda, menguruskan tips hari itu dengan John Krishnan? Atau sedang dalam perjalanan pulang? Atau sedang lepak dengan rakan-rakan-nya di warung? Zulastry mau menemui Salim dahulu.
Zulastry bergegas menuju ka kawasan warung dimana Salim dan kawan-kawannya selalu lepak. Zulastry yakin, jika Salim tidak di hotel dia pasti berada dikawasan warung itu.
Tiba-tiba sakumpulan pemuda lari susup sasap di kawasan stinggan itu, menyebabkan Zulastry terus terpaku disitu. Kermundian kedengaran bunyi wisel polis sahut bersahut antara lorong-lorong gelap kawasan stinggan itu.
Zulastry mula gusar. Dia masih tidak berjaya menemui Salim. Munkinkah Salim dan kawan-kawannya sedang dikejar polis. Dia mula rasa gugup. Ditelitinya sekitar celahan lorong yang simpang siur kawasan stinggan dihadapannya itu. Di telitinya tiap lembaga yang bersembunyi di sebalik dinding-dinding buluh pemidang gerai-gerai disitu. Dia ingin pasti sama-ada, diantara lembaga-lembaga yang bersembunyi dan tubuh-tubuh kurus yang lari bertempiaran itu, terdapat Salim.
Zulastry tiba-tiba terpukau ditempat dia berada itu. Dalam cahaya lampu jalan yang sama-samar itu dia nampak satu tubuh remaja sebaya Salim. Diapun menghampiri tubuh kecil yang sedang membongkok membelakanginya itu. Dan apabila remaja itu berpaling kearahnya, kata hatinya itulah Salim anaknya. Remaja itu berlari, melompat pagar dihadapannya dan hilang dalam gugusan rumpun buluh.
Baginya Salim kini termasuk dalam gulungan pelarian, dan kutu jalan yang sedang di gempor polis itu. Itukah padahnya Salim bergaul dengan budak-budak jalanan dikawasan stinggan, gulungan pelarian yang sering digempor polis. Dan jika Salim ada bersama mereka, dia juga akan diperangkap.
Zulastry mempercepatkan langkah, matanya jinak meninjau tiap pelusuk di situ, hingga dia sampai kapintu pagar kawasan hotel. Dia perlu segera tinggalkan kawasan stinggan itu, kuathir dia pula akan turut diperangkap polis. Ketika dia melengkah masuk dia bertembung dengan Salim dipintu pagar. Zulastry menarik nafas lega. Salim tidak bersama kawan-kawannya di kawasan stinggan saperti yang diduganya. Salim selamat.
Zulastry mendekati Salim sedia memimpin tangan anaknya untuk pulang bersamanya. Kini dia perlu yakinkan anaknya itu bahawa cadangan isterinya untuk mereka pulang ka Fatihfur Sikri mengendalikan Durgah Sheikh Salim Chisti ada keramatnya.
Dia bersetuju pendapat isterinya, Salim mesti dibiasakan dengan Majlis Qawallis, Nuzul Al’Quran, Terawikh, Mauludul Rasul di Burgah Sheikh Salim Chisti, bersama keturunan nenek moyangnya itu. Dia pasrah.


April 7, 2005
---------------------------------------------------------------------------------------------- Copyright 2005 Abdul Aziz Abas i.c 410404-08-5875.

Khamis, 2 Ogos 2007

siri PAINTING - Oil


24 x 36 - Oil On Kambes
Tajuk: Kuala Ibai 2004
siri: Air Pasang Mati

Rabu, 1 Ogos 2007

siri CERPEN 2007

PROXY 'KACANG HANTU'
Orangnya tampan. Mukanya bulat. Rambutnya pendek. Cegang dilumur cream. Umurnya tidak lebih tiga puluhan. Keterampilan dirinya, lagak gayanya, mewah dan terurus. Mewah pada segalanya. Pada cara dia berjalan dan memperagakan dirinya itu dia bagaikan peragawan dipentas hiburan. Pagi itu dia memandu kereta jenama mewah. Warna hitam mattelic. Ketika sampai di foyer hotel itu, dia saja-saja memberhentikan keretanya ditengah-tengah ruang legar. Dia keluar tanpa mematikan injin dan tidak juga menutup pintu kereta itu. Saorang Jockey penoh hormat buru-buru menghampirinya untuk pandu kereta itu masuk ketempat parking khas.
Kami dijadualkan bertemu untuk sarapan pagi di hotel. Tapi kemundian katanya dia nak bawa aku kesatu tempat istimewa. Sarapan pagi dikediamanny sambil menikmati keindahan laut Sulu.
“Tuan terbang Kelas 1 penerbangan MH dari KLIA. Sampai di Airport ada chauffer menunggu. Tuan akan dibawa menginap di hotel 5 bintang. Semua ditanggung beres. Itu arahan Menteri,”pesanannya. Tulisannya kasar bagaikan ‘cakar ayam’ menggunakan pen dakwat hitam dilampirkan bersama tikit Penerbangan MAS.
Kami sampai kesatu kawasan perkampungan atas air ditengah bandar. Rumah kayu itu sederhana besarnya. Kampung air itu menempatkan rumah murah, hadiah politik Kerajaan Negeri kapada yang berpendapatan rendah dan sederhana. Hidangan sarapan pagi itu masakan tradisi tempatan sedia menunggu kami. Benar saperti katanya, untuk kami sarapan pagi sambil menikmati keindahan Laut Sulu.
“Kenapa di sini?” tanyaku.
“Supaya Tuan kenal saya lebih dekat. Ini rumah keluarga saya.” jawabnya bersungguh sambil menuangkan air teh kedalam cawan. Terus menghidangkan satu cawan untuk ku dan satu lagi untuk dirinya.
“Macam ta’percaya, kan?” dia mengujiku sambil membuang senyum selamba. Aku cuma mampu tersengeh kosong. "Saya membesar di kampug ini. Sekolahpun ta'seberapa.Banyak masa terbuang melepak dikaki lima. Kami nakal. Orang-orang sini gelar kami Pemuda Kacang Hantu." Dia berhenti sajenak, untuk meneguk air teh dari cawan. "Dalam bisnis ini YB tolong."
"YB?" Aku renung tepat mukanya, kurang pasti maksudnya itu.
“Bisnis saya politik. Tuan mesti tau itu,” katanya tanpa bertangguh lagi. “Di sini saya hanya saorang anak kampong. Tapi di KL saya terkenal sebagai ahli koprat. Banyak bedzanya kan?” Dia merenung tajam kearahku.
“Tapi politik itu perjuangan!! Masakan perjuangan boleh dijadikan bisnis,” dakwa aku pula.
Dia ketawa sarentak.
“Betul. Tapi saya bukan orang politik. Saya orang bisnis. Politik itulah bisnis saya,” jawabnya bersungguh.
“Maksud saudara?”
“Tuan tengoklah sendiri. Adakah saya punya tokoh saorang ahli politik?”
Aku terpinga.
“Saperti saya kata tadi, saya orang bisnis. Bisnis saya politik.”
“Bagaimana politik dijadikan bisnis?” Aku ragu.
“Kalau saya boleh jadikan politik itu bisnis, itu kebolehan saya. Jika orang lain ta’boleh, itu kelemahan mereka,” tempelaknya jengkel.
Ku renung tajam mukanya.
“Tapi kenapa saya?”
Dia ketawa riang.
“Kerana Tuan kenal YB Menteri saya. Sabelum pencen Tuan orang berpengaruh di negeri ini. Orang politik banyak yang kenal Tuan. Mereka kata Tuan banyak berjasa kepada mereka dan politik negeri. YB Menteri kata dia nak balas jasa Tuan.”
“Itu dulu. Saya sekarang pesara. Dah 10 tahun tinggalkan perkhidmatan awam,” aku berdalih.
“Tapi YB Menteri saya tidak berpendapat demikian. Katanya, dia setuju tolong Tuan.”
Aku terpinga dan terkedu. Kebingungan menguasai benakku. Apakah permainan anak muda ini, kata hatiku.
“Tapi saya tidak pernah gunakan politik untuk dapatkan bisnis. Kejayaan Syarikat saya atas usaha dan kebolihan saya sendiri. Saudara buang masa, jika nak gunakan nama saya, untuk pancing kontrek kerajaan,” aku bersungguh.
“Saya? Gunakan nama dan kedudukan Tuan untuk pancing kontrek Kerajaan?” ujarnya. “Jika itulah maksud saya jumpa tuan ini, kankah bodohnya saya.”
Dia pun ketawa terbahan-bahak tanpa segan silu dan hormat kepadaku. Perbedzaan antara umur kami terlalu jauh. Umurku dah menjangkau 65 tahun, dia baru lebihkurang 30. Menurut kadnya dia President & CEO, BELANTARA ENTERPRISE, Alamat Pejabatnya di Golden Triangle Kuala Lumpur.
“Saya dah dapat kontrek itu.Yang Berhormat setuju cadangan saya serahkan kontrek itu kepada kompani Tuan secara smart partnership. Untung dibahagi sama rata. Limapuluh, limapuluh…” dia bersungguh menjelaskan.
“Kenapa tidak saudara saja lakukan?”
Dia mengangguk. Bersungguh dia mengangguk.
“Kompani saya dah dapat terlalu banyak. Telah saya agihkan kepada banyak orang. Kali ini di cadangkan kompani Tuan. YB Menteri setuju. Perbendaharaan yang akan lantik Kompani Tuan bukannya Kementerian YB Menteri saya. Tender ini tertutup. Kompani Tuan akan ikat kontrek dengan Kerajaan dan laksanakan tugasan itu. Bayaran akan diurus terus kepada kompani Tuan.”
Aku merenung kekajauhan kepada dasar laut Sulu. Angin timur sangat menyejukkan pagi itu. Beberapa tug boat kelihatan sedang belayar meninggalkan pantai. Fikirku waktu itu munkin tug boat itu sedang menarik kayu-kayu balak haram kearah kapal induk yang menunggu di lautan antarabangsa. Begitu caranya balak-balak itu diseludup keluar. Aku sendiri tidak tau itu, jika tidak di dedahkan oleh saorang sahabat orang tempatan, bagaimana pembalak-pembalak menyeludup keluar kayu-kayu balak yang mahal harganya.
Dari daratan cuma kelihatan boat-boat tunda bergerak melawan ombak dari pengkalan menuju kelautan luas. Tapi jika di tinjau dari udara, di belakang tug boat itu berderet panjang rakit kayu balak sedang ditarik keluar.
“Kenapa YB Menteri?” tanyaku selanjutnya.
“Kerana kuasa berada ditangannya,” jawabnya pula.
“Kuasa apa?”
“Kuasa untuk rekomen Syarikat Tuan untuk tender tertutup itu.”
“Apa kaitannya?”
“Politik. Itulah kaitannya. “You scratch my back, I’ll scratch yours. Ta’lama lagi Pilihan Raya. Kerajaan dan ahli politik perlu berkuasa samula. Fahamkan?” Dia menyeringai.
“Tapi saya ta’biasa lakukan. Bukan itu caranya.”
“Bukan Tuan, tapi saya. Itu tugasan saya. Yang kita lakukan ini adalah perkongsian bistari antara Tanjung Bayan Holdings dan Belantara Enterpraise sebagai urusan niaga antara kita.” Dia berhenti sajenak. Matanya jinak merenung aku. “Untung kongsi samarata, limapuluh lima puluh," sambungnya sambil menunjukkan 5 jari kanannya yang tertkuncup itu kearahku..
"Untuk Pilihanraya. Gitu?” Aku bergurau.
Dia hanya senyum melebar.
"Kankah awal tadi saya kata, politik adalah bisnis saya. Syarikat saya dapatkan kontrek, syarikat tuan laksanakan secara 'smart partnership' dengan syarikat saya. Urusan kita telus. Gitu." sambungnya menamatkan hujjahnya.
Kemundian dengan penoh yakin dia mengeluarkan satu salinan photostat surat dari pejabat YB Menteri kepada Kementerian Kewangan. Sempat ku baca nama syarikatku, antara 3 nama syarikat yang diajukan oleh pihak Kementerian yang dimaksudkannya itu.

Pengikut

Salam Sejahtera

Koleksi ini dimuatkan secara randum. Anda di alukan menghayatinya, dengan harapan lakaran karya pelbagai genre ini berupa garapan cebisan pengalaman, citarasa dan perjuangan hidup saya.

Selamat Membaca.

hormat dari:

'ADLY AZAMIN

Mengenai Saya

Foto saya
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.